Profile Maahad Tahfiz Al Quran At Tiin

Profile
Maahad Tahfiz Al Quran At Tiin, 
Pondok Semeling
(Maahad Jabal Nur)


MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AT TIIN,
NO 5 KAMPUNG PAYA SURI SEMELING,
08100 BEDONG,
KEDAH DARUL AMAN.

TEL : 019-4137890 (MAK NGAH) 
013-4137842 (USTAZAH IFFAH)

***

CARTA ORGANISASI
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AT TIIN

PENGASAS/MUDIR :
ALLAHYARHAM TG. UST. AHMAD LUTFHI BIN ABU SEMAN
(PAK NGAH)

TIMB. MUDIR :
USTAZAH PN. ZARINA BINTI MASRI
(MAK NGAH)

PENGURUSAN PENDAFTARAN PELAJAR:
USTAZAH IFFAH BINTI AHMAD LUTFHI

PENGERUSI :
HJ HASSAN BIN HJ AHMAD

TIMB. PENGERUSI :
UST MOHD SANI BIN SA’ARI

SETIAUSAHA :
CIK IZZAH BINTI AHMAD LUTFHI

TENAGA PENGAJAR :
USTAZAH ILIYA BINTI AHMAD LUTFHI
USTAZAH IFFAH BINTI AHMAD LUTFHI
USTAZAH NUR SITI ATIQAH BINTI SHAHARUDIN
USTAZ MOHD HAFIZ BIN HANAFI

***

                                                   

MUQADDIMAH

Kejayaan manusia dan jin adalah dalam agama Allah s.w.t. iaitu dengan mentaati segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dengan cara yang telah ditunjuk ajar oleh Baginda Nabi s.a.w. Oleh itu usaha perlu dilakukan untuk memperbetulkan iman dan keyakinan terhadap Allah s.w.t.

Allah telah memilih umat manusia untuk agama kalangan lelaki, wanita dan kanak-kanak. Mereka telah berjaya dan dapat mengamalkan segala perintah Allah dan seterusnya mendapat keredhaan Allah pada kehidupan dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Kehidupan mereka telah sebati dengan amalan Al-Quran dan Hadith.

Agama Islam menjamin kebahagiaan dan ketenangan sekiranya Islam masuk ke dalam hati-hati manusia dan seterusnya dapat mengamalkan setiap aspek kehidupan seperti ilmiah, muamalah, muasyarah, ibadat, dan akhlak yang mulia. Untuk itu pengajian agama dan institusi pengajian Tahfiz amat perlu diwujudkan sebagai syiar agama.

Begitu juga pengorbanan dan susah payah perlu dilalui dan diteruskan dengan harapan agar usaha yang sedikit ini mendapat keredhaan Allah s.w.t. dan diberkati dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Kalau kita melihat sejarah perjuangan dan pengorbanan para-para sahabat Rasulullah s.a.w. betapa cekalnya   mereka  menghadapi   segala  jerih   perih   yang   mereka  hadapi  semata-mata  untuk memastikan kalimah Allah dapat ditegakkan di bumi ini.

Mereka pada asalnya bukanlah dari kalangan orang-orang Islam tetapi sebaliknya ada di antara mereka ini adalah dari kalangan penentang agama Islam yang lantang. Namun mereka akhirnya menjadi pejuang yang bersedia untuk buat apa saja hatta bersedia memberi darah mereka agar agama Islam dapat dikembangkan ke seluruh pelusuk dunia.

Dan akhirnya mereka berjaya menakluki tiga suku dunia ini. Dengan mentaati segala titah perintah Allah s.w.t. dan megamalkan cara hidup yang telah ditunjuk ajar oleh Nabi s.a.w. mereka yakin sama ada mereka syahid di medan perang atau pun sebaliknya mereka akan berjaya.

Sebagai umat akhir zaman dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi akhir zaman marilah kita sama- sama  saling  ingat  mengingati  antara  sesama  kita  demi  mewujudkan  satu  hubungan  ukhuwah islamiah berdasarkan kepada apa yang telah dilaksanakan oleh orang-orang yang terdahulu yang mana Allah redha mereka di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.



PENGENALAN

Maahad Tahfiz Al Quran At Tiin (MTQAT) yang juga dikenali sebagai Maahad Jabal Nur (Pondok Semeling) yang beroperasi sekitar tahun 1999-2004 dengan “Pengajian Umumi Kitab Turath” sepenuh masa yang dikendalikan sendiri oleh Allahyarham Ustaz Ahmad Lutfhi bin Abu Seman (Pak Ngah) selaku pengasas Maahad ini. Kini pihak Maahad membuat pertukaran nama Madrasah kepada Maahad At Tiin dan telah memulakan pengajian sesi baru pada 5hb Februari 2005. MTQAT telah mempunyai 4 orang tenaga pengajar dan sejumlah 50 orang pelajar (lelaki & perempuan) yang mengikuti kelas “Pengajian Tahfiz” secara sepenuh masa bertempat di bangunan Maahad Attin, Semeling, Kedah. 

Anak-anak merupakan aset yang amat berharga lebih-lebih lagi dalam membangunkan kemajuan Islam  di  alam sejagat  ini  yang  mana  permulaan  dalam  proses  kandungan  lagi  ibu  bapa  telah menerapkan nilai-nilai Islam melalui pembacaan Al-Quran serta amalan harian yang telah ditunjuk ajar oleh Baginda Nabi s.a.w.

Pembinaan pusat pengajian Tahfiz Al-Quran At Tiin yang berfungsi sebagai sebuah pusat pengajian hafazan Al-Quran dan pengajian tajwid serta fardhu ain yang dapat memberikan penekanan dari segi ilmu dan taqwa praktikal serta menghayati kehidupan beragama melalui garis panduan Al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w.

Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. adalah merupakan contoh orang beriman dan ahli syurga dalam kehidupan dunia ini dan mereka adalah pewaris dan model ahli syurga dan Allah redha hidup mereka kerana kegigihan dan pengorbanan mereka untuk agama.

Pengajian merangkumi :

1.     Tahfiz Al-Quran sepenuh masa

2.      Fardhu ain

3.      Tajwid

Semoga usaha ini diberkati dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.



OBJEKTIF PENUBUHAN

Penubuhan Tahfiz Al-Quran ini menggariskan matlamat dan objektif murni seperti berikut : -

-Melahirkan generasi beriman dan bertaqwa serta dapat menyebarkan agama islam kepada
masyarakat

-Melahirkan anak-anak yang mahir membaca Al-Quran

-Melahirkan Hafiz Al-Quran

-Ke arah mencapai matlamat wujudnya kasih sayang terhadap agama islam di peringkat anak- anak  dan remaja

-Dengan sokongan semua pihak kesungguhan dan dedikasi para guru serta usaha ahli masyarakat pihak pengurusan dan pentadbiran MTQAT yakin insya’Allah akan dapat merealisasikan objektif tersebut.


LOKASI

Maahad Tahfiz Al Quran At Tiin ini beroperasi di alamat No 5 Kampung Paya Suri Semeling, 08100 Bedong, Kedah Darul Aman.


SYARAT KEMASUKAN PELAJAR 

-Beragama Islam.

-Umur 9 tahun dan tidak melebihi 15 tahun.

-Berakhlak baik dan berkehendak untuk menghafaz Al Quran.

-Berjanji dan mematuhi peraturan Maahad.

-Tidak perlu sebarang sijil dari mana mana lepasan.



KEMUDAHAN PRASARANA

Sebuah bangunan lengkap dengan kemudahan asas sedia ada adalah seperti berikut :
-Surau
-Pejabat
-Asrama pelajar
-Kelas pengajian Al-Quran
-Bangunan penginapan tenaga pengajar
-Dapur
-Padang permainan dan riadah



YURAN DAN PENDAFTARAN

Bayaran pendaftaran dan yuran akan di kenakan untuk menampung perbelanjaan makanan, bayaran elaun untuk bahagian pengurusan dan pentadbiran, elaun untuk kakitangan serta tenaga pengajar.

Pendaftaran – RM400.00 (Ringgit Malaysia : Empat Ratus Sahaja)
Yuran bulanan – RM250.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Lima Puluh Sahaja)


PERATURAN DAN DISIPLIN

Kejayaan pelajar adalah tertakluk kepada peraturan dan disiplin yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Oleh itu semua pelajar diwajibkan mematuhi dan menyedari keperluan peraturan dan disiplin ini amat penting. Berikut adalah garis panduan peraturan dan disiplin yang dimaksudkan :-

-Menghormati dan mematuhi arahan guru

-Menjaga dan menepati waktu setiap aktiviti

-Memakai jubah dan kopiah berwarna putih untuk tujuan keluar atau pun memasuki kawasan madrasah

-Setiap pelajar wajib menghadiri kelas pengajiaan dalam waktu yang telah ditetapkan

-Menjaga imej dan keterampilan diri sebagai seorang Hafiz


PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

Semua pelajar diwajibkan melalui peperiksaan penilaian setiap tiga bulan yang telah di tetapkan. Ujian hafazan dan ujian-ujian lain akan dijalankan secara berperingkat untuk menentukan kecemerlangan keseluruhan tahap pelajar dan keputusan pengajian akan di rekodkan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran MTQAT.



PERBELANJAAN MAAHAD 

Perbelanjaan Maahad dalam sebulan mencecah RM10,500.
1. Barang basah dan barang kering RM5,000
2. Elaun guru RM2,800 (4 orang tenaga pengajar)
3. Bil air dan bil elektrik RM1,200
4. Pembiyaan tanggungan dan lain lain hal RM1,500



CUTI PERSEKOLAHAN

Tarikh dan masa cuti pelajar untuk mengelakkan penurunan prestasi pembelajaran dan memastikan semangat pengajian berada pada tahap tinggi.

Cuti mingguan                  - Hari Jumaat

Cuti Hari Raya Aidil Fitri           - 2 Minggu

Cuti Hari Raya Aidil Adha          - 1 Minggu

Cuti Akhir Tahun                 -1 Minggu



SUKATAN PELAJARAN DAN TEMPOH MASA

Dalam usaha bagi menjayakan dan memastikan inspirasi pihak pengurusan MTQAT dan pelajar, pengorbanan masa kesungguhan gabungan tenaga amat perlu di titikberatkan.

Tempoh masa pengajian adalah seperti berikut :
-Tahfiz sepenuh masa (kelas 4 kali sehari )

Mata pelajaran tambahan
-Feqah & Tajwid (kelas 1 minggu 2 kali)



PENGHARGAAN BAGI PELAJAR

Pihak MTQAT akan mengeluarkan sijil khatam hafazan/syahadah hafazan sebagai penghargaan bagi pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian sepenuhnya di MTQAT.



PENUTUP

Perjuangan adalah kerana Allah demi untuk menegakkan agama dan menyebarkan ilmu agama bukanlah sesuatu yang mudah. Berbagai ujian dan dugaan perlu dilalui dan dihadapi dengan sabar serta penuh berharap pada pertolongan dan bantuan Allah s.w.t.

Mereka yang terdahulu telah berjaya dan mendapat redha Allah disebabkan ketahanan mental dan fizikal, kesabaran yang berada pada tahap tertinggi sanggup menempuh apa jua keadaan demi agama Allah yang tercinta.

Usaha agama ialah satu cetusan dan asbab hidayat untuk seluruh umat. Tanpa ada susah payah dan pengorbanan masa, harta dan juga agama tidak akan sampai kepada hati manusia.

Akhir sekali semoga usaha yang suci murni ini akan mendapat kerjasama dan sokongan dari semua pihak dalam menjayakan pembangunan jangka masa panjang ini dengan sebaik mugkin.

Segala sumbangan dan khidmat bakti adalah amal jariah yang berkekalan dan mempunyai keberkatan daripada Allah s.w.t.

Sesungguhnya bantuan Allah akan tetap bersama dengan hamba-Nya selama mana hanba-Nya itu mampu bersabar dan terus menerus membantu saudaranya untuk tujuan pembangunan rohani dan jasmani bagi memperkasakan agama Allah di maya pada yang peduh dengan ketandusan.




WASSALAM


No comments:

Post a Comment

Nasyid