Peraturan Maahad

Peraturan Asrama/ Madrasah

1. Pelajar baru tidak dibenarkan pulang atau berhubung dengan keluarga dalam masa 40 hari.
2. Dilarang menggunakan telefon bimbit.
3. Dilarang keras membuat perhubungan, berbual atau bergurau senda antara pelajar lelaki & perempuan.
4. Dilarang keras berjudi, mencuri atau sebarang perbuatan seumpamanya.
5. Dilarang berbahasa kesat, lucah, gurauan yang melampau dan sebagainya.
6. Tidak dibenarkan memakai seluar jeans dan baju ketat di dalam kawasan madrasah.
7. Hendaklah bersama-sama menjaga sebarang hakmilik madrasah & dilarang merosakkannya.
8. Waktu riadah petang adalah sehingga jam 6.30 petang.
9. Lampu bilik hendaklah dipadamkan selewat-lewatnya jam 11.30 malam.
10. Tidak dibenarkan membaca, memiliki/ menyimpan sebarang bentuk majalah yg tidak berunsur Islam.
11. Sebarang urusan keluar masuk perlu mendapat keizinan warden atau guru.
12. Hendaklah bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan asrama, kelas, dapur, tandas dan seluruh kawasan madrasah.
13. Hendaklah sentiasa menjaga akhlak dan dilarang membuat bising.
14. Wajib berada di dalam kelas 10 minit sebelum pengajian bermula.
15. Wajib terlibat di dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak madrasah
16. Sentiasa berambut pendek atau botak bagi pelajar lelaki.
17. Di larang keras merokok
18. Waktu keluar yang di benarkan untuk membeli keperluan adalah pada hari Khamis petang & hari Jumaat sahaja selama 3 jam dan tidak di benarkan pulang ke rumah.
19. Pelajar yang merosakkan harta benda maahad, wajib di ganti semula.




Waris atau pelawat.

1. Di galakkan datang menziarahi 2 minggu sekali atau sebulan sekali.
2. Harus berpakaian sopan dan menutup aurat.
3. Tidak di benarkan membawa pelajar keluar madrasah terlalu kerap dan tanpa izin pihak madrasah.
4. Perlu berkerjasama ketika mengambil dan menghantar pelajar tepat waktu yang telah di tetapkan.
5. Waris tidak di benarkan sama sekali masuk ke dalam asrama pelajar.

Kerjasama dari pihak penjaga/waris amatlah di harapkan & didahului dengan ucapan terima kasih. Kejayaan anak anak terletak pada sokongan dan kerjasama dari pihak penjaga/waris.

2 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Saya ingin bertanya tentang rasional atau sebab-sebab disebalik peraturan no. 1. Kenapa perlu sampai 40 hari diasingkan dari keluarga ? Barangkali ade sebab musabab. Saya berhasrat untuk menghantar anak ke maahad tahfiz, Mohon penjelasan....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Saya ingin bertanya tentang rasional atau sebab-sebab disebalik peraturan no. 1. Kenapa perlu sampai 40 hari diasingkan dari keluarga ? Barangkali ade sebab musabab. Saya berhasrat untuk menghantar anak ke maahad tahfiz, Mohon penjelasan....

    ReplyDelete

Nasyid