Saturday, April 14, 2012

Pengenalan Maahad Attin (Pondok Semeling)


Bismillah.
Pondok ini di tubuhkan pada tahun 1999 yang di asaskan oleh Ustaz Lutfhi yang di kenali dengan panggilan "pak ngah" oleh seluruh warga pondok dan di bantu oleh isteri beliau yang di kenali dengan panggilan "mak ngah".

Pada peringkat awal pembukaan pondok ini hanya menerima pelajar lelaki, cuma ada pengajian kitab turath yang di kendalikan oleh pakngah sendiri dan tiada di kenakan sebarang kos yuran atau apa apa bayaran pada ketika itu, semua di tanggung sepenuhnya oleh pak ngah selaku mudir pondok ini, sehinggalah tahun 2006.

Pembangunan pondok ini di bangunkan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan pak ngah pada ketika itu hinggalah sekarang tanpa bantuan derma dari mana mana pihak.

Di sebabkan anak anak perempuan yang ramai, pak ngah mengambil langkah untuk membuka tahfiz perempuan bermula tahun 2005 dan di biayai sepenuhnya oleh pakngah sehingga 2006. Masuk tahun 2007 pelajar lelaki dan perempuan ketika itu di galakkan masak sendiri sehingga tahun 2012. Bermula tahun 2013, pondok mula membuka ruangan pengajian tahfiz untuk lelaki dan pada tahun itu pihak pondok mula menyediakan makanan 3 kali sehari dan di kenakan bayaran.

Video di bawah adalah video sekitar tahun 2005-2006.





No comments:

Post a Comment

Nasyid