Friday, December 21, 2012

Pengambilan Baru Lilbanin 2017 (terhad)

Maahad Tahfiz Al Quran At-Tin Lilbanin (Pondok Semeling) ,
NO .5 Kampung Paya Suri Semeling ,
08100 Bedong ,
Kedah Darul Aman.


Syarat syarat kemasukkan : 
  • Umur 9 tahun ke atas dan tidak melebihi 15 tahun.
  • Berakhlak baik dan berkehendak untuk menghafaz Al Quran.
  • Tidak perlu sebarang sijil pelajaran.
  • Menerima pelajar tidak kira dari mana mana lepasan (menengah/rendah/agama).
  • Sedia mengikuti dan patuh pada undang undang madrasah.

Sistem di Maahad At-Tin Lilbanin (Pondok Semeling) :
  • Makan di sediakan. (bayaran di kenakan RM250.00 sebulan)
  • Tahfiz sepenuh masa. (4 kelas sehari)
  • Setiap hari Khamis , malam Jumaat di adakan program Burdah.
  • Hari Jumaat makanan tidak di sediakan. Pelajar boleh beli/masak sendiri.
  • Pelajar di benarkan outing bersama waris selama 3 jam pada petang hari Khamis dan Jumaat sahaja.
Bayaran pendaftaran :
  • Bayaran pendaftaran/kemasukkan RM400.00 termasuk bayaran makan untuk bulan pertama.
  • Bayaran makan bulanan adalah sebanyak RM250.00.

Barang keperluan pelajar yang perlu di bawa :

  • Al Quranul Karim / Tafsir / Qiraati (bagi yang baru belajar membaca)
  • Jubah putih 2 pasang , kupiah putih/hitam, serban putih 2 helai (uniform yang wajib di pakai setiap kali keluar)
  • Baju melayu / kurta (warna bebas), serban, kain pelikat. (Uniform ke kelas *di larang memakai seluar panjang ketika berada di dalam kelas pengajian)
  • Barang keperluan mandi dan cucian pakaian.
  • Alat tulis.
  • Meja lipat.
  • Laci berjenama DOLPHIN *untuk penyelarasan
  • Tilam, bantal dan selimut.
  • Pinggan dan cawan.

Barang larangan yang di bawa :
  • Rokok, sejenis dadah, telefon bimbit, walkman, MP3, MP4, majalah-majalah , novel dan sebagainya.
  • Seluar jeans, pakaian ketat.
  • Minuman bergas, minuman dalam kotak (kecuali milo, susu tepung), maggie, dan semua makanan segera.
  • Semua barang elektrik.


Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi :
013-4137824
(Iffah)

Pengambilan sepanjang tahun sentiasa di terima selagi ada kekosongan.
Borang cuma boleh di dapati di madrasah. Sekian.

Pengambilan Baru Lilbanat 2017 (terhad)

(image)

Alamat :
Maahad Tahfiz Al Quran At-Tin Lilbanat (Pondok Semeling) ,
NO .5 Kampung Paya Suri Semeling ,
08100 Bedong ,
Kedah Darul Aman.


Syarat syarat kemasukkan : 
  • Umur 9 tahun ke atas dan tidak melebihi 18 tahun.
  • Berakhlak baik dan berkehendak untuk menghafaz Al Quran.
  • Tidak perlu sebarang sijil pelajaran.
  • Menerima pelajar tidak kira dari mana mana lepasan (menengah/rendah/agama).
  • Sedia mengikuti dan patuh pada undang undang madrasah.

Sistem di Maahad At-Tin Lilbanat (Pondok Semeling):
  • Tahfiz sepenuh masa. (4 kelas sehari)
  • Setiap hari Selasa , ada pengajian kitab turath. 
  • Setiap hari Khamis , malam Jumaat di adakan program Burdah.
  • Hari Jumaat, makanan tidak di sediakan. Pelajar boleh masak/ beli sendiri.
  • Pelajar di benarkan outing bersama waris selama 3 jam pada petang hari Khamis dan Jumaat sahaja.

Bayaran pendaftaran :
  • Bayaran pendaftaran/kemasukkan RM400.00. (termasuk bayaran makan bulan prtama)
  • Bayaran untuk bulanan adalah sebanyak RM250.00 sahaja (di bayar setiap awal bulan)

Barang keperluan yang mesti di bawa dan di sediakan oleh waris untuk kegunaan anak bawah jagaan tuan/puan :
  • Al Quranul Karim / Tafsir / Qiraati (bagi yang baru belajar membaca)
  • Jubah hitam 2 pasang. (uniform yang wajib di pakai setiap kali masuk kelas pengajian)
  • Tudung dan niqab/purdah adalah seragam ketika outing.
  • Niqob/furdah hitam. (di wajibkan memakai, untuk penyelarasan niqob boleh beli di madrasah) 
  • Telekung dan peralatan solat yang lain.
  • Laci berjenama DOLPHIN *untuk penyelarasan
  • Tilam, bantal dan selimut.
  • Barang keperluan mandi dan cucian pakaian.
  • Alat tulis.
  • Pinggan dan cawan.
  • Meja lipat.

Barang larangan yang di bawa :
  • Telefon bimbit, walkman , MP3 , MP4 , majalah-majalah , novel dan sebagainya.
  • Seluar jeans, pakaian ketat, t-shirt lengan pendek.
  • Minuman bergas, minuman dalam kotak, maggie, dan semua makanan segera.
  • Semua barang elektrik.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi :
013-4137824
(Iffah)

Pengambilan sepanjang tahun sentiasa di terima selagi ada kekosongan.
Borang cuma boleh di dapati di madrasah. Sekian.

Saturday, April 14, 2012

Pengenalan Maahad Attin (Pondok Semeling)


Bismillah.
Pondok ini di tubuhkan pada tahun 1999 yang di asaskan oleh Ustaz Lutfhi yang di kenali dengan panggilan "pak ngah" oleh seluruh warga pondok dan di bantu oleh isteri beliau yang di kenali dengan panggilan "mak ngah".

Pada peringkat awal pembukaan pondok ini hanya menerima pelajar lelaki, cuma ada pengajian kitab turath yang di kendalikan oleh pakngah sendiri dan tiada di kenakan sebarang kos yuran atau apa apa bayaran pada ketika itu, semua di tanggung sepenuhnya oleh pak ngah selaku mudir pondok ini, sehinggalah tahun 2006.

Pembangunan pondok ini di bangunkan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan pak ngah pada ketika itu hinggalah sekarang tanpa bantuan derma dari mana mana pihak.

Di sebabkan anak anak perempuan yang ramai, pak ngah mengambil langkah untuk membuka tahfiz perempuan bermula tahun 2005 dan di biayai sepenuhnya oleh pakngah sehingga 2006. Masuk tahun 2007 pelajar lelaki dan perempuan ketika itu di galakkan masak sendiri sehingga tahun 2012. Bermula tahun 2013, pondok mula membuka ruangan pengajian tahfiz untuk lelaki dan pada tahun itu pihak pondok mula menyediakan makanan 3 kali sehari dan di kenakan bayaran.

Video di bawah adalah video sekitar tahun 2005-2006.





Nasyid